RODA IMPIAN KANAK-KANAK
PENGENALAN:
Permainan Roda Impian Kanak-Kanak ini dapat membantu guru mahupun ibubapa dalam melaksanakan tugas mereka untuk mendidik kanak-kanak. Ibubapa dan guru haruslah bijak memilih permainan supaya dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak dan dapat menarik perhatian mereka. Permainan yang kami hasilkan ini dapat membantu kanak-kanak belajar dengan perasaan yang gembira tanpa mendatangkan tekanan kepada mereka. Dengan adanya permainan ini, kanak-kanak dapat melakukan aktiviti bermain sambil belajar.
TAHAP PERKEMBANGAN:-
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi : Permainan ini dapat membantu
kanak-kanak meningkatkan
Perkembangan Bahasa Dan
Komunikasi mereka.
Kemahiran Bahasa Merangkumi
kepada dua bahagian iaitu
Kemahiran Mendengar dan
Kemahiran bertutur.
Perkembangan Fizikal : Kanak-kanak pada peringkat tadika memerlukan
aktiviti yang menguatkan otot mereka.
Perkembangan Fizikal juga melibatkan Kemahiran
Motor Halus dan Motor Kasar kanak-kanak.
Perkembangan Sosioemosi : Perkembangan Sosioemosi merangkumi aspek
mengenali dan mengurus emosi sendiri,
pencapaian emosi yang positif, pembinaan
konsep kendiri positif serta pembinaan
kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.
Langkah-langkah bermain...
Langkah pertama :-
- Pusingkan roda dan tunggu roda itu berhenti.
- Lihat pada anak panah yang menunjuk ke arah warna yang berhenti.
Langkah kedua ialah :-
- Jika roda itu berhenti pada warna ungu.
- Ambil sampul surat warna ungu didalam box tersebut.
Langah ketiga ialah :-
- Buka sampul surat tersebut dan suruh kanak-kanak namakan haiwan tersebut.
- Melalui permainan ini kanak-kanak dapat mengenal haiwan liar dan haiwan ternakkan.
CONTOH VIDEO KANAK-KANAK BERMAIN
Harga : RM 20 sahaja termasuk pos
Percuma kepada 10 orang yang terawal tempahan : Anak patung
Nombor Whatsapp : 0174801422(AKIRA)
: 0192543675(SYIDA)
: 0134387693(ATIKAH)
MASA: 10.00 PG-12.00 MLM
: 0192543675(SYIDA)
: 0134387693(ATIKAH)
MASA: 10.00 PG-12.00 MLM
